Wednesday, September 30, 2015

~ Mengalah Sementara Untuk Menang~

"Aku bersembunyi dari bencana zaman di balik naungan bayangannya. Sehingga mataku dapat melihatnya. Sedang dia tidak dapat melihatku. Jika engkau tanyakan kepada masa tentang aku nescaya dia tidak akan mengetahui di mana aku berada dan di mana aku bersembunyi.."

"Kegembiraan, meluap-luap dalam jiwaku.. Sehinggakan aku menangis kerana besarnya luapan gembira itu.." 

Alhamdulillah..



~ ALHAMDULILLAH ~

Tika duka menerjah, ketenangan menjelma..
Tika dugaan melintas, kebahagiaan sentiasa di sisi..
Tika gelisah, alhamdulillah Maha Suci Allah, Yang Maha Penyanyang, hadirnya mereka dgn penuh kasih sayang.. 

Alhamdulillah.. 

Jomm, saya kongsikan beberapa corak utk cross-stitch.. 




Pergilah duka, pergilah lara. Pergi.. Kerna ak x memerlukanya.. 

" aku merasa terbiasa dengan kesendirianku. Sentiasa kudiami rumahku. Tempat tumbuhnya segala kegembiraan..."

Sunday, September 13, 2015

~ HIBURKANLAH HATI ~

Assalamualaikum wbt..

Dipagi yang hening.. Diberi kekuatan utk mencoret lukisan hati..

Hidup yg tidak selalu nya indah, laut tdk selalunya tenang, bahkab hari tdk selalunya cerah..

Begitulah kata hati, yang sering berhadapan dgn pelbagai situasi. Mahupun luaran atau dalaman. Namun setiap yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Ada kisah yang tersendiri. Pengajaran utk diri ini di dunia mahupun di akhirat..

Seringkali terbabas dari landasan, seringkali terleka, seringkali alpa dan menghindarikan diri daripada Allah swt. Dosa-dosa perbuatan lalu, bermain di mindar.. Ya Rabbi, ampuni kesalahan kealpaan diri hamba mu ini yg lalu. 

Allah swt berfirman:

"Tatkala mereka naik kapal, mereka berdoa (mohon keselamatan) kpd Allah is dgn memurnikan ketaatan kepadaNya.." (Surah Al-Ankabut : 65)

"Seringkali kita minta selamat kepada Allah bila bahaya menimpa diri tetapi jika bahaya telah berlalu kita melupakanNya. Saat melaut kita memohon agar Dia menyelamatkan perahu kita dan jika kita kembali ke pantai kita berbalik derhaja kepadaNya. Kita dapat mengudarakan dgn aman dan nyaman tanpa khuatir jatuh kerna yg memelihara kita hanya Allah swt.. (Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni)


Wednesday, September 9, 2015

~ Kisah Suatu Hari ~


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. Diberi kekuatan utk menulis coretan hati. Ttp, ku tetap yakin.. Kebenaran nya akan menjelma kerna ku yakin, perancangaNya ad hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku.




Walaupun di mata mereka, semuanya indah belaka, tetapi ianya hanya seketika bagiku.. Walaupun ianya hanya drama sendiwara dunia, tapi sampai bila harusnya ianya akan berlalu.. Allahu.. Kpd-Mu ku berserah segalanya.. Lindungilah keluargaku..


Hari ini suka duka silih berganti, ujian demi ujian tiada ganti, Ya Allah, ku perlukan pertolongan Mu. Hanya pada Mu ku bergantung. Hanya pada Mu ku berserah, Ya Allah Yang Maha Kuasa.. Lindungilah keluargaku..


Esok lusa hari tetap berubah, mencari sinar ketenangan kedamaian dan kebahagian di dunia yg sentiasa dicari.. Semoga di akhirat sana Engkau gantikan yang lebih baik.. Ya Allah, Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, ku memohon.. Lindungilah keluargaku.. 

  


Allahuakhbar.. Allahuakhbar.. Allahuakhbar..  

Sunday, September 6, 2015

Resepi Nasi Ayam

Assalamualaikum..

Hari ni sy nk share resepi nasi ayam. Daa 4,5 kali daa try.. Mmg menjadi.. Sngt2 mudah cepat ringkas. Dan yg penting sedapp.. Jd, utk memudahkn kerja, sy akn simpan resepi ini utk tatapan akan datang.


Dah mari salin resepi.. Masak nasi ayam untuk berbuka memang sesuai.. tak payah nak 3-4 macam lauk ;)

NASI AYAM
i) 3 pot beras (untuk keluarga kecilku)
ii) basuh beras bersih-bersih dan toskan

lemak dan kulit ayam (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
i) 3 sudu majerin

(bahan tumbuk)
i) 3 ulas bawang merah
ii) 3 ulas bawang putih
iii) 1 inci halia

* on kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.. membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang tambah air biasa ke apa.. hehehe

SUP
potongan ayam

(bahan tumbuk)
i) 4 biji bawang putih
ii) 2 biji bawang merah
iii) 2 inci halia

i) 1 kiub ayam
ii) daun sup
iii) daun bawang 
iv) bawang goreng

*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan ;)

AYAM
i) Bahan perap
ii) sos tiram
iii) kicap cair
iv) kicap manis
v) madu
vi) 3-4 titik minyak bijan
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)

KUAH LADA
i) 4-5 lada hidup (merah)
ii) 1 biji bawang putih
iii) sedikit gula
iv) sedikit garam
v) 1/2 sudu kecil cuka
vi) 2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)

KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis..

Senangkan? InsyaAllah walaupon simple je.. tapi rasa dia mengagumkan.. ok, disebabkan tu juadah untuk berbuka puasakan... rasa tak berapa best kalau menu itu je satu.. so aku buat cekodok bilis.. rangup-rangup makan dengan cili sos.. Acih sorang je hadap berapa ketul.. puas hati tengok semua orang suka ;) aku tak makan pon tak pe.. waaaahhh ibu mithali sangat ni.. hahahaha..



Sumber: .http://resepi-dan-cara-membuat-nasi-ayam.blogspot.my/?m=1