..kdg2 kita x sedar, bile kita marah, masalah x kn selesai..oleh itu, aq ad bbrapa tips nk kongsi dgn kamu2...
1. Berdiam diri
Ini adalah langkah pertama dan terpenting yang harus di lakukan. JIka tidak berhasil cara ini, baru lah disusuli dengan langkah seterusnya. harus diingatkan, sifat marah adalah satu pilihan dan bukannya kewajipan. maksudnya, jika kamu marah, diri kamu juga yang mampu mengawalnya. Tenang sejenak dan fikir buruk baik kamu sebelum melunaskan kemarahan itu. Jika difikirkan kemarahan itu tidak memberi apa-apa kesan, berdiam diri adalah lebih baik.
2. Jangan terus dibelenggu
Maksudnya jangan menyimpan kesalahan orang lain dalam jangka masa yang agak lama. Ini akan membuatkan perasaan marah kamu membuak-buak dan lama kelamaan akan mewujudkan perasaan dendam. Cara terbaik, cube selesaikan masalah kamu itu dengan baik, bunag segala ego yang ada dan akhiri dengan ungkapan maaf.
3. Proaktif
Orang yang proaktif adalah orang yang secara sedar memberikan tindak balas terhadap kemarahan mengikut pemikiran yang positif.
CONTOH:
Jangan marah kepada peribadi seseorang tetapi marahlah kepada persoalannya.
Fikir satu cara apakah dan bagaimanakah cara terbaik untuk anda memarahinya secara halus agar dia sedar akan kesilapannya.
Bersikap terbuka, jelaskan kenapa anda marah. Jangan hanya pendamkan di dalam hati kerana itu bukannya jalan penyelesaian yang terbaik.
Akhir sekali, berdoa agar di tenteramkan hati dan dihindari daripada perasaan amarah dan dendam.. Amin....
No comments:
Post a Comment