Tuesday, August 31, 2010

~..HATI YG KECEWA...~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

~..walau seremuk mana hati dilukai, bentukkan lah ia semula, dan serahnya pada Ilahi. sesungguhnya semua perkara yg berlaku ada hikmah di sebalik suatu kejadian..~

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah.

Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya.

Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai.

Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai?

Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui.

Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik.

Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya.

Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu.
Rasulullah SAW bersabda lagi maksudnya: “..Apabila Allah menyayangi hamba-Nya maka dia diuji agar Allah mendengar rintihannya (dengan kerendahan diri).”...(Riwayat Al Baihaqi)



Monday, August 30, 2010

~..TEST 1..~


salam..
ermm..pg nim, xde mood la..
sbb ptg krg ade test...
uhuk3... takut nyer saye....
daa ler mimpi dpt result teruk....
adohai~...cmna nim...isk3..
MySpace

..doakan sye yer, kawan2..
..moga dpt jwab ngn baik...
..0kayt nk kne sambung study lagi...
..cm x cukup g senjata nim nk pg berperang nim..
hehehe2.. Takbir..!..=)
MySpace

Sunday, August 29, 2010

~..MALAM LAILATUL-QADAR..~


..Salam..
..mlm ini, x byk yg ingin ak kongsikn utk teman2 diluar sne..
..cme hati ini, tercuit utk menceritakan...serba sedikit..
..mlm Lailatul-Qadar..mlm bg seribu satu malam..


..Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat..

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar.

Sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya: " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."

Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya: "Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

Maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "
Amin...Ya Rabbal Aalamin...

Saturday, August 28, 2010

~..MANIK TABUR..~

..Salam... kawan2 sekalian...
..ape nk jadi daa sye nim.. es0k da le ade test..tp tgh usha manik2 kat web site..
..fuuyyooo~...lawaaa2.. macam2 bentuk ade..
..bentuk ikan, bentuk kucing, bentuk rame2...
..hahahaa2...ade ker..? klu kreatif mesti korang bley wat kn..

..korg pndai jahat manik x..? bersilau2 tgk macam2 bentuk manik kat baju kurung skrg...
..agak2 korang la kan, brpe tahun deorg nk siapkan jahitan tu..? hehe2..
..haish2...mesti puas hatikn kalu bley pki..
..hmmm~...taapi lagi puas hati kalau buat sendiri...

..cm nk belajar gk jahit manik..
..yelaaa, tgh hidup sendiri nim, ok gk kn...cari duit lebey..amik tempahan jahit manik..
...hehehhee2....

..nim, ad bbrp jenis design ley la kite tgk sme2..
..mne tau, kot2 sempat lg kn nk menjahit manik nim..
..ade 13 ari lagi nk raye nim..
..weeee~!!! j0m....!


..name de jahitan manik tabur.. pilih warna manik yg nampak ceria skit. dipadankan gn warna baju...mesti lawa..jahitan de simple jer, tapi puas hati...=)


..kpd penggemar jubah, korang bley jgk nk melaram manik2 nim. cara jahitan tegak tu, kalau korang pakai, nampak kurus dan tinggi...korang beli la kain kosang, buat jubah simple jer, pastu korang tambah manik2 kat lengan dan bahagian depan jubah... mesti lawa...=)


..nie jahitan pada lengan baju...klu korang rase corak baju kurung simple...tambah la manik nim. selit la skit gn stone2 dlm 2, 3 bjik.. gne kreativiti yg ade.. susun buat bunga ke..bintang ke.. mesti lawa.. pastu tambah plk gn cahaya stone yg "blink2" tu.. fuh~!! ade kelasss..=)


..ini jer sempat yg sye bley kongsi.. baaannnyyyaaakkk lagi tau corak dn macam2 jenis jahitan manik ni.. its depends.. kalu nk meriah lagi, letak labuci.. tapi, sye suke yg simple.. sedap mate memandang..kalu "meriah sgt" takut nnt cm serabut plk..
okaayt~..selamat mencube ye kawan2..

to http://syafazalizacollection.blogspot.com/..mekasey kerna sudi kongsi macam2 jenis jahitan manik yg ade kt butik akak...

"rase nk bukak kedai jahit la..." hehehheehe2.. sesiapa yg ade mesin jahit 'second hand' yg dh x guna tu, gtau la yer... cm berminat nk menjahit.. =)
wassalam..


Friday, August 27, 2010

~..KEK PELANGI..~

..Salam..
..kali ni, ak nk kongsi sedikit resepi..
..KEK PELANGI..

..seneng je buat kek nim...
..pejam mate..2 kali winkkk~!! da siap daa...
...Tadaaaa~...=) hahahaa2... tipu la kn klu cm2...

..tnpe buang mse...jom2 kite tgk bahan de..
..bahan de simple jer..

Bahan2...

250 gm mentega
225 gm gula aising
5 biji telur
225 gm tepung naik sendiri
3 jenis warna ( merah, kuning, hijau)

Cara menyediakannya:

1. pukul mentega gn gula aising sampai kembang..
2. masukkan telur 1 per 1 dan pukul secara perlahan..
3. masukkan tepung, sedikit demi sedikit...bagi sebati dengan adunan tu..
4. pastu bahagikan adunan kepada 3 bahagian, dan campurkan sedikit (dlm 2 sudu) pewarna ke dalam adunan kek tadi..
5. pastu griskn loyang gn mentega (xmow bg kek melekat kt loyang).. lirikkan lidi untuk mendapat kan corak yg sesuai..
6. bakar dalam 180 darjah celcius selama 45 minit..


..daa pom siap.. bley la dihidang kn nk raye nim..
..x pom mkn bersama keluarga yg tersayang...
..nk bg someone special pom ok gak...
~..Selamat Mencuba..~=)



~..RAMADHAN..~


...Salam...
..hari nie, da hari ke 17 kita puasa..
..cner ade sedikit perubahan..?
..hehe2..kdg2 mungkin kita merasakan kita mampu lakukan ap saja..
..bak perumpamaan " nak seribu daya, xm0w seribu dalih.."
..kn, kawan2..=)

...tp ak cmni la...haish~!! ap nk jadi ntah..
...cm tunggul kayu je rase diri ini..
...sedikit pom x mo berganjak..
...huhuu2...

...cmne la nk bg aktif skit...?
...ade pape rahsia x..?
...klu de bley kongsi2.. jgn suruh amik phamarton sude ler..
...kawe x mampu lg nk amik supplement2 mnde tu sme..
...hik2...

..okay..selamat berbuke ye, kawan2...=)
..ingt, doa dlu sblm berbuka..mintak pada Yang Maha ESa..hajat di hati..
..InsyaAllah..moga2 termakbul..

Amin...

~..GEMBIRAKAH...~



gembirakah aku...?
atau itu adalah petunjuk dariNya...?
harus mengalah atau terus memperjuangkannya..?
hmm....

Tapi..x salah kn...
asalkan berada pd landasan yg betol...
niat yg betol..
serta mesti kerana Allah s.w.t..
moga2 mendapat keberkatan dariNya..
=)


"Ya Allah, aku mengakui kepada Mu, lemahnya kekuatan diri ku.
sgt terbatasnya kecerdasan dan kehinaan diriku atas manusia,
dengan Rahmat Engkau Ya Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam.

Engkau Tuhan Pemelihara sekalian org daif,
kemaafan Mu lebih besar, dari dosaku. aku meminta Nur dan zat Mu
menerangi semua kegelapan, dan dengannya menjadi lebih baik
untuk dunia dan akhirat.
semoga aku tidak tertimpa KemurkaanMu dan Azab Mu
padaMu sumber keredhaan, sehingga Engkau redhai aku.
tidak ad daya dan kekuatan selain dengan kekuasaan Engkau..
Amin..ya Rabbal Aalamin..



Thursday, August 5, 2010

~ KURMA ~


• Kurma Tunisia Tangkai.

• 1 kotak seberat 500 gram dengan harga RM 15 sahaja
• Penghantaran percuma sekitar kampus UTHM
• Sedia menerima tempahan Order sekarang..!


• 1- 10 caton = rm168
• 10 - 20 caton = rm162
1 CATON ada, 12 kotak (500 gram)...


Servis penghantaran:-
Kami menyediakan servis penghantaran percuma dimana
• Sekitar kawasan Parit Raja
• Kolej Kediaman Tun Fatimah UTHM
• Kolej Kediaman Tun Dr Ismail UTHM
• Kolej Kediaman Perwira, UTHM
• Kolej Kediaman Melewar, UTHM
• Taman Universiti, UTHM

~> Sekiranya anda ingin order, Kami menyediakan servis penghantaran secara percuma. Pembayaran dilakukan secara cash on delivery (COD)

~> Sekiranya lokasi penghantaran adalah terlalu jauh, Pos Laju akan digunakan..

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak...