Tuesday, January 20, 2015

~ INTI KENTANG KARIPAP ~

Alhamdulillah, pagi ni dah siap sedia karipap inti kentang.. Mmg kentang semata2.. Hehehe2.. Lesson no 2 for pastry. Hehe2.. 



Bahan-bahan inti
3 biji kentang *dibuang kulit dan dipotong dadu
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Serbuk kari daging *bancuh dgn air
Air *guna ikut kesesuaian 
Garam
Serbuk perasa 
Daun kari 

Cara-cara untuk membuat inti
1. Tumbuk bawang merah + bawang putih  hinggakesemuanya lumat.
2. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, masukkan bawang yang telah di tumbuk.Goreng hingga kekuningan & naik bau. 
3. Kacau seketika dan masukkan kentang + bancuhan serbuk kari + air. (air guna untuk melembutkan kentang. kalau air dah kering dan kentang belum lembut boleh tambah air lagi)
3. Masukkan garam. Boleh masukkan serbuk perasa jika anda suka.
4.Biar sehingga kering dan tutup api.


** dah diambil untuk karipap.. 😁  

Dan hasilnya....


Ni lah karipap utk suami.. Mkn2 punya mkn, si isteri mesti kne mintak pendapat, pandangan.. Kot2 ade terkurang. Amik positif.. Nnt mne tau kita cuba lg mungkin lagi sedap dn boleh buka tempahan.. Kn.. Kn.. 😁😆

Komen:
1) kari kurang menyengat (mungkin salah guna jenama rempah kot)
2) cm tebal je tgk kulit. First time buat, mesti fikir.."cepat abis uli, cepat abis uli" hehehee2.. 

Sekian, tq.. Kita jumpa lg selepas ini utk resepi seterusnya.. Xtau lg.. Hehehee2.. Assalamualaikum wbt...😊

Rujukan:
http://quraistory.blogspot.com/2014/04/resipi-karipap-kentang-mudah-dan-sedap.html?m=1


No comments: