Wednesday, January 28, 2015

~ Kek Velvet Pelangi/Marble Kukus ~





Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 8 inc )
  • 4 biji telur - A yang sejuk dr petiais
  • 3/4 cawan gula halus/perang (180g)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (180g) - diayak
  • 3/4 sk baking powder
  • 1/2 sb penuh ovallete
  • 1/4 sk garam
  • 7 1/2 sb susu sejat (120g)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/3 cawan minyak jagung/mentega cair (80g)
  • 3 atau 4 pewarna pilihan
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris.
  2. Satukan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk mixer kecuali minyak dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan minyak dan kacau perlahan2 hingga adunan sebati.
  4. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna2 pilihan.
  5. Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis.
  6. Tutup loyang dengan alum. foil yg digris dan kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.
  7. Buka segera alum.foil tadi dan biar kek di dalam loyang 5-10 min dan terbalikkan atas redai kek untuk disejukkan.
  8. Setelah sejuk,potong dan hidangkan.

Rujukan: http://yatiememories.blogspot.com/2012/06/kek-velvet-pelangimarble-kukus.html?m=1

~ KEK COKLAT KUKUS ~


DSC01495

 

KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan: 

Bhn A

  • 1 cawan serbuk koko 
  • 1 cawan susu cair 
  • 1 cawan susu pekat 
  • 1 cawan minyak masak 
  • 1 cawan gula

Bhn B

  • 1 1/4 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Bhn C

3 biji telur - blend guna blender 

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan A dalam periuk. Panaskan sebentar atas api dan kacau hingga sebati 
  2. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Gaul sebati 
  3. Panaskan kukusan hingga air mendidih 
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas plastik tahan panas ikut citarasa anda. 
  5. Kukus selama  1 jam. Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kek. 
  6. Bila dah sejuk, boleh disiram coklat cair dan ditabur coklat urai.

 

  DSC00951

DSC00966

DSC00980

 

RESEPI COKLAT CAIR

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan serbuk koko 
  • 1 sudu besar minyak 
  • 1 cawan susu cair 
  • 1 cawan susu pekat

cara-cara:

  1. Campurkan kesemuanya dan panaskan atas api perlahan sambil mengacau hingga sebati dan likat

 

DSC00967

DSC00983

DSC01476

DSC01482

selamat mencuba.

~ DIY BANTAL SEGI ~


simple envelope pillow was the first sewing project I ever did (unless you count those jam shorts in middle school).

It's a perfect beginner project if you're looking to learn how to sew and the pillow can easily be taken in and out so you can change things up whenever you'd like. The process couldn't be simpler and it's a great addition to any room

SUPPLIES:

  • favorite fabric (I'd use a cotton for a beginner, it's easier to work with)
  • stuff pillow
  • scissors
  • matching thread
  • iron
  • sewing machine

 

You'll need to cut three pieces of fabric. First measure your pillow. Mine was 13 x 13 inches. So I cut one that was 2 inches longer on each side 15 x 15. Then I cut two smaller pieces that will be the envelope. You want them the same height but shorter width by about 5 inches. So I cut two pieces of 15 x 10.

Lay down the large pieces on the bottom and then layer the two other pieces on top. This is just to get a sense of what it will look like. Trim any edges so that the four sides of the square are pretty matched up.


On each of the smaller envelope pieces you'll create a nice finished seam on one of the longer sides. Iron down about 1/2 an inch and pin. Remember you're only creating a finished seam on ONE long side for each piece. Sew along that seam.

 

After the finished seam are done you'll lay down the larger piece, right side facing up. Then place one of the smaller pieces on top, right side down. Place the last small piece on top of that right side down.

 

Now you'll pin along all four sides. The middle flaps are left open to get the pillow insert in and out. Sew 5/8ths of an inch around the perimeter where you've pinned.

 

Turn it right side out and it should look like this!

Now you just have to stuff your pillow inside the envelope and you're done!

Read more:  DIY: Simple Envelope Pillow - Momtastic http://www.momtastic.com/diy/168123-diy-simple-envelope-pillow/#ixzz3Q5pC4XOb 
Follow us: @itsmomtastic on Twitter | itsmomtastic on Facebook

Tuesday, January 20, 2015

~ INTI KENTANG KARIPAP ~

Alhamdulillah, pagi ni dah siap sedia karipap inti kentang.. Mmg kentang semata2.. Hehehe2.. Lesson no 2 for pastry. Hehe2.. 



Bahan-bahan inti
3 biji kentang *dibuang kulit dan dipotong dadu
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Serbuk kari daging *bancuh dgn air
Air *guna ikut kesesuaian 
Garam
Serbuk perasa 
Daun kari 

Cara-cara untuk membuat inti
1. Tumbuk bawang merah + bawang putih  hinggakesemuanya lumat.
2. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, masukkan bawang yang telah di tumbuk.Goreng hingga kekuningan & naik bau. 
3. Kacau seketika dan masukkan kentang + bancuhan serbuk kari + air. (air guna untuk melembutkan kentang. kalau air dah kering dan kentang belum lembut boleh tambah air lagi)
3. Masukkan garam. Boleh masukkan serbuk perasa jika anda suka.
4.Biar sehingga kering dan tutup api.


** dah diambil untuk karipap.. 😁  

Dan hasilnya....


Ni lah karipap utk suami.. Mkn2 punya mkn, si isteri mesti kne mintak pendapat, pandangan.. Kot2 ade terkurang. Amik positif.. Nnt mne tau kita cuba lg mungkin lagi sedap dn boleh buka tempahan.. Kn.. Kn.. 😁😆

Komen:
1) kari kurang menyengat (mungkin salah guna jenama rempah kot)
2) cm tebal je tgk kulit. First time buat, mesti fikir.."cepat abis uli, cepat abis uli" hehehee2.. 

Sekian, tq.. Kita jumpa lg selepas ini utk resepi seterusnya.. Xtau lg.. Hehehee2.. Assalamualaikum wbt...😊

Rujukan:
http://quraistory.blogspot.com/2014/04/resipi-karipap-kentang-mudah-dan-sedap.html?m=1


Wednesday, January 14, 2015

~ KARIPAP PUSING ~

KARIPAP PUSING AKA PUTAR



Bhn utk doh:
Doh A

2 cwn tepung gandum
1/4 cwn air ( bole tambah jika  kurang)
sedikit garam

Doh B:

2 cwn tepung gandum
1/2 cwn margerine

Cara membuatnya...

1.   Satukan bhn A uli sehingga sebati dan menjadi doh.Bulat2kan sebesar bola golf.ketepikan.
       Bila bhn dah menjdi doh ketepikan.Buatlah bebrepa biji dgn adunan yg ada.

2.   Uli pula bhn B  sehingga sebati dan bole dikepal.Jika masih berderai bolelah  ditambah sedikit margerine
      lagi.Awas jgn terlalu byk margerine nnti pastrinya terlalu rapuh dan kurang sedap.Bila bhn B dah sebati
      bulat-bulatkan sebesar bola golf .Buatlah beberapa biji dgn adunan yg ada.

3.   Ambil  bhn A leper-leparkan dan masukan bhn B seperti inti.( Bhn A masukan dlm bhn B).Bulat2kan
      kembali......
      

dan jadilah seperti gambar disebelah

4.  Dgn menggunakan penggelak.. leperkan adunan seperti ini..... 



5.  Kemudian gulung seperti ini  seperti membuat kuih dadar

6.    Gelek kembali dgn pencanai seperti ini


7.   Gulung kembali......seperti ini....


8.   Bila dah gulung akan jadi seperti ini

9.    Kemudian potong dgn pisau kpd 3 bahagian

10.   Maka akan terbentuklah  seperti ini.... Jika diperhatikan ada 2 bahagian... satu yg berwarna putih  doh A dan yg  warna kekuningan tu doh B

11.    Kemudian dgn menggunakan kayu pencanaigelek kembali ..maka jadilah seperti ini.... 

12.     Bolelah diletakan inti ditgh2nya dan di   lipat 2

13.   Setelah dilipat dua bolelah dikelim bahagian tepinya...... 

14.  Telah pun  siap hanya menunggu utk digoreng. bole juga disimpan dlm pastik beg dan disimpan didlm peti sejuk dingin beku... 

15.   Setelah digoreng...masih panas lagi
        hanya tunggu utk di ngap sajer....
        " karipap panas..karipap panas" 


" selamat mencuba"

Rujukan:http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/2012/03/karipap-pusing-aka-putar.html?m=1